Koleksi Terpilih Cerita Rakyat Malaysia (1)

Hi.

Buku ni sudah lama dibeli. Tapi baru-baru ini saja dibaca. Sehingga saat ini masih belum habis dibaca 😅😅 

Jadi, ini adalah sedikit sebanyak catatan kecil aku semasa baca Koleksi Terpilih Cerita Rakyat Malaysia. Catatan kecil yang tidak serius langsung.

  • Inderaputera

Apa agaknya yang berlaku pada penghibur? Adakah dia akan dipancung? Yalah, kan. Memandangkan dia yang bawa masuk merak emas ke dalam istana. 

  • Awang Golok Besar

Kisah yang menarik. Belum pernah dengar atau baca kisah rakyat yang ini. Sedih pun ada. Apabila difikirkan, bagaimana agaknya hari-hari mendatang? Betapa banyak gantang beras yang dia perlu makan, ya? 

Nama pun kisah rakyat, mestilah ada hal-hal yang berlebihan dan tak masuk akal untuk menarik perhatian pendengar.

Engkau Tidak Bergelumang Dalam Kemiskinan. Jadi, Jangan Suruh Aku Bersyukur!

Salam.

Kau nak bersedih dengan gaji sebulan 1.7k atau kau nak bersedih dengan gaji M40 &T20? 

Bersyukur?

Kau yang patut bersyukur. 

Engkau Tidak Bergelumang Dalam Kemiskinan. Jadi, Jangan Suruh Aku Bersyukur!

Salam.

Tadi aku balik kerja malam. Terbaca satu hantaran di Facebook tentang M40 & T20 menyalahkan B40 penyebab anaknya susah nak dapat biasiswa belajar di luar negara. Rata-rata komen 99 peratus menyalahkan golongan miskin, iaitu B40. Pelajar miskin bermasalah di SBP, MRSM dan sebagainya. Pelajar M40 dan T20 tak bermasalah pun. Buli-buli ni semua angkara pelajar B40 kata mereka.

Sebagai orang miskin, aku tak komen kat situ pun. Taknak aku kena hencap dengan M40 & T20 secara berjemaah di ruangan komen hantaran tu. 

Aku muat naik story @ status di Facebook tentang kenapa M40 & T20 bodoh tak bertepi apabila berbicara. 

Kemudian, jeng jeng jeng. Bekas pensyarah aku muat naik story tentang bersyukur!

Hehe.

Like, seriously. 

 

 

 

 

Membicarakan kebodohan dan keengganan golongan M40 & T20 untuk memahami bahawa untuk hidup dengan gaji 1.7k sebulan tidak akan mencukupi, juga merupakan sebahagian daripada cara orang miskin macam aku untuk bersyukur. Bersyukur masih belum mendabik dada.

Jangan pernah suruh aku bersyukur apabila gaji bulanan yang kau terima melebihi 1.7k sebulan wahai M40 &T20!

Siapa makan cili, dia yang terasa pedasnya.

Bacaan popular