Memaparkan catatan dengan label Novel. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Novel. Papar semua catatan

Baru Baca Sikit Tapi Aku Tak Minat Jalan Ceritanya

Hai.

Pernah atau tidak baca novel tapi rasa tak boleh nak teruskan?

Aku ada baca sebuah novel ni. Novel romantis. Belum sampai muka surat 10 lagi, dan aku dah tak boleh nak teruskan lagi pembacaan. Tak boleh go lah senang kata. Bukan sebab cara penulisannya tak lancar dan tak semulajadi tapi sebab aku tak boleh terima inti, pemikirannya dalam kisah yang dia tulis tu. Titik noktah, koma, tanda soal, tanda seru, dan ejaan semuaaaaa okey. Tak ada masalah.

Maafkan aku, penulis.

Tapiiiiiiiiiiii aku berjaya habiskan pembacaan sehingga muka surat yang terakhir setelah beberapa bulan. Aku tak taulah berapa kali aku berhenti baca sebelum sambung baca.

Aku habiskan baca sebab aku nak cari dan tulis dalam buku nota tentang apa yang aku tak suka dalam novel tu. 

Edisi Baca Buku: Senja Merah oleh Siti Eiasah Abd. Rashid

Apa khabar?

Semasa di sekolah rendah, aku suka pergi ke perpustakaan.

Pada suatu hari, hendak dijadikan cerita, aku pinjam sebuah novel remaja bertajuk Senja Merah oleh Siti Eiasah Abd. Rashid. Dan aku terus jatuh hati pada cerita tu. Sudah lebih lima kali aku ulang baca novel itu.

Mungkin kerana isinya penuh kesedihan, mungkin kerana kemiskinannya, mungkin kerana aku berharap pada watak utamanya, mungkin kerana kehidupan watak-wataknya yang tidak dapat menjumpai kesenangan, mungkin kerana harapan aku dimatikan atau mungkin juga kerana aku sukakannya tanpa sebarang sebab.

Semasa di universiti aku telah memilih novel ini sebagai bahan kajian kumpulan kami untuk salah satu kursus wajib. Malang sekali hasil tugasan tersebut tersimpan dalam laptop aku yang telah rosak.

Entah bila agaknya aku hendak menghantarnya ke kedai.


Terima Kasih, Chot.


Hai!
 
Nak cerita sikit pasal novel Chot oleh Azizi Hj. Abdullah. Chot ni dijadikan novel KOMSAS Tingkatan Tiga. Jadi, masa belajar kursus Kesusasteraan dalam Pendidikan, aku sajalah beli sambil beli buku yang memang kena beli tu. Buku teks KOMSAS ni aku beli di kedai buku Jalan TAR sebab kedai buku lain macam MPH dan Popular yang ada di Mid Valley Megamall dan NU Sentral takde jual. Punyalah semangat pegi Mid Valley pagi-pagi dengan member-member sekelas, tapi takde hasil. Kena pegi menapak ke Jalan TAR akhirnya. Itupun nasib baik ada member yang belajar kat UKM sanggup temankan. Haha! Dahlah tak pernah pergi situ. Ke hulu ke hilir tanya orang, harap gugelmaps pun aku tak reti guna. Ketibas! Lepas tu, usha gugelmaps tanya orang lagi dan akhirnya jumpa. Ingat nak pegi kedai buku situ lagi beli novel Jemari Seni tapi apakan daya takde rezeki. Virus mai kita pun gerak rumah mak bapak la. Angan-angan tak sudah.
 
Ha, novel tu dah bertahun beli, minggu ni baru baca. Satu je nak cakap, aku cukup tak suka dengan perangai cikgu Matematik si Alias. Sakit hati tengok perangai dia. Tangan dia patutnya dah terputus tapi yelahkan nanti verrrry bloody pulak citer tu. Tak jadi novel remaja nanti :p

Apa-apa pun Chot kisah yang sangat menyentuh perasaan. Menitik air mata kita. Srott srott TT.TT . Tapi untuk aku jelah, kalau orang lain mungkin ada pendapat yang berbeza.

Nampak tak betapa sikitnya aku sentuh pasal Chot. >.<

:)

Hampa

Hai.

Tahu tak perkara yang menghampakan aku? Bila beli buku tapi buku tu tak cukup muka surat. Aku ni sejenis yang beli buku tapi bacanya entah tahun bila. Jadi novel Senjakala oleh Baharuddin Kahar yang aku beli tahun yang sudah (tidak berapa ingat bila beli) baru aku baca minggu lepas. Pembacaan aku tiba pada muka surat 90 dan halaman sebelah muka surat 107. Patutlah aku rasa pelik. Eh kenapa dari cerita Wak Durani pergi ke Damit yang tengah bermonolog sukakan Noor, anak perempuan Kinto? Tiga, empat kali ulang baca baru perasan muka surat 90 langkau ke muka surat 107. Begitulah.


Novel #KatererCinta oleh Nurul Syahida


Hai semua.


Novel #KatererCinta ialah novel kesembilan hasil nukilan Nurul Syahida. Aku jatuh hati dengan gaya penulisan Nurul Syahida sejak aku baca novel dia yang bertajuk Soalnya Hati atau Plain Jane. Antara dua tu lah. Tak pasti sebab laaaaaaaama dulu dah akak aku beli. Tapi yang penting, apabila baca novel dia untuk pertama kalinya tu, aku dalam hati cakap (kotlah nak cakap kuat-kuat), "Best gila novel ni, lain sangat jalan ceritanya. Saya sukaaaaaa!!!!!!!". Tak klise macam novel-novel Melayu lain yang plotnya kahwin paksa, suami pukul isteri, suami minta maaf, isteri maafkan dan seterusnya mereka somi isteri bahagia hendaknyalah sepertimana plot yang sama untuk hampir kebanyakan novel yang ada di pasaran. Jalan cerita novel-novel dia sungguh menarik OKAY.


Okay, berbalik kepada novel #KatererCinta. Novel ni mengisahkan tentang Maira yang berkahwin dengan Annas dan kemudian diceraikan pulak (sedihnya TT.TT). Penulis membawa kita tentang bagaimana Maira yang sudah diceraikan ini bangkit daripada lubuk kesedihan yang paling dalam untuk meneruskan kehidupan dia. Untuk beberapa bab awal, penulis akan guna cerita tentang masa kini dan lampau secara bergilir-gilir. Jangan risau, takkan pening punya sebab penulis sertakan sekali latar masa secara terperinci (Patut ke aku guna perkataan ni? Tak kisahlah, asal korang faham apa yang aku sampaikan. Faham kan? Kan?).


Kemudian, Maira.... (jeng, jeng, jeng). Nak tau yang selanjutnya, kenalah beli dan baca. Berbaloi beli novel ni. Aku yang tak pernah kahwin apatah lagi diceraikan ni pun terasa patah hati, sakit hati, sedih, marah dan dikhianati. Kuang ajo sungguh! Sobs sobs sobs. Gitulah.


Jangan lupa beli novel #KatererCinta tau.


<3


Bacaan pilihan hati sepanjang zaman