Memaparkan catatan dengan label Makanan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Makanan. Papar semua catatan

Sumpah Sedap!

 

Nasi Beriani

Nasi beriani ni sangat sedap. Lauk ayam masak merah pun sedap. Aih, senang kata semua sedap!

Cuma tak tahu SV tempah dengan siapa. Sehingga hari ini, senarai nasi beriani yang enak mengikut tekak dan selera aku adalah seperti dibawah:

1. Nasi Beriani Restoran Baser (lokasi Kota Tinggi ) (setakat ni tak ada siapa boleh lawan dia punya sedap)

2. Nasi Beriani Md Shah (lokasi Batu Pahat) 

3. Nasi Beriani SV beli (macam dalam gambar)

Sebenarnya tak sangka boleh habiskan. Banyak pulak staf tu tolong cedok. Habis sebab sedap dan kelaparan gamaknya.

Edisi Membanting Tulang: Hari Cuti Keluar dengan Mak

 
Ajak mak makan luar. Sambil tu boleh hilangkan stress. 
 
Mak sedih anak-anak tak bawa jalan. Nak harapkan abang-abang tak boleh. 
 
Kena harapkan diri sendiri nampaknya. Begitulah.

Muah. Bye.

Makan Apa Hari Ini?

Mi Rebus Haji Wahid   





 

Nama: Mi Rebus Biasa

Harga: RM6 (setakat bulan Mei 2024)

Lokasi: Plaza Angsana Johor Bahru


*Kemaskini

Setakat tarikh 13 Januari 2025, harga Mi Rebus Biasa ialah RM7.

 

Mihun Goreng Cincai

Hari ni sebenarnya nak masak nasi goreng. Buka periuk nasi, rupanya dah basi. Maka, berubahlah rancangan asal aku.

Untuk masak mihun goreng saat akhir ini, aku cuma gunakan bawang merah dua biji, bawang putih tiga ulas, ikan bilis sejemput (sikit sahaja tak perlu banyak) dan cili padi merah dua batang yang dibelah dua sabagai bahan tumisan. Sayuran yang dihiris ialah kobis dan lobak merah baki mak buat jemput-jemput udang. Semua bahan ni awalnya untuk masak nasi goreng tau. Dah siap tumbuk bahan tumis baru aku pergi tengok nasi. Nak marah tapi salah sendiri :P

Selepas menumis bawang merah, bawang putih dan ikan bilis, aku masukkan cili kisar dua sudu besar. Apabila dah naik bau, masukkan dua biji telur. Biarkan sebentar dan gaul. Kemudian, masukkan pula sayur-sayuran yang telah dipotong. Gaul sekejap dan tambahkan mihun yang telah direndam dengan air suam terlebih dahulu.

Dah masukkan semua bahan tadi, tuangkan satu sudu besar sos tiram dan satu sudu besar kicap pekat Jalen. Gaul lagi sampai rata. Eh, kejap. Aku dah masukkan garam dan gula tak? Ah, okey dah masukkan. Masa nak menulis ni lah baru teringat dah masukkan ke tak. Naya woi kalau lupa. 

Okey sayur sudah lembut, mihun dah bergaul rata dengan bahan-bahan lain bolehlah tutup lampu. Tak tahulah macam mana rasanya. Agak-agak masak sebab bulan puasa. Rasa pun tak.

Gambar takde, aku tak ambil 😂

Apabila Telur Dadar Jadi Telur Hancur


 
Hidup ni kadang macam goreng telur dadar.
Kau nak goreng telur dadar tapi jadi telur hancur.
Kuali, senduk kayu, telur tiga biji, marjerin, tungku dapur, gas semua cukup. 
Mungkin salah teknik. 
 
Tapi, bila dah tak jadi, tak jadi jugak. 
 
Sama macam hidup. Kau dah rancang, tapi hujung-hujung semua tak menjadi.
Mungkin akibat faktor keluarga, masa, kewangan atau hal-hal lain yang tak dijangka.
Kita tak tau.

Mengantuk Tapi Tak Boleh Tidur


 
 
Rasa mengantuk tapi tak boleh lelap biji mata ni.
Jadi, aku makan.
Tidak, bukan makanan seperti dalam gambar. 
Makanan (nama kedai rahsia, tak boleh beritahu) dalam gambar diatas ialah apa yang aku teringin nak makan sekarang, pagi-pagi buta ni.
Aku makan telur rebus je sekarang ni. Bolehlah.
 
:P 

Sambal Belacan: Dah Lama Nak Buat Sambal Belacan. Warna Hijau Lah Tapi.

Hai.

Kali ini aku nak buat sambal belacan. Belacan yang aku bayangkan warnanya merah. Tapi hasilnya jadi warna hijau pulak. Ni kes cili merah tak banyak la ni.


Basuh-basuh bagi bersih. Lada hijau, cili padi hijau, cili merah, bawang merah, dan bawang putih.


Campak segala bahan yang dah dibasuh dalam pan yang ada minyak. Minyak sedikit sahaja. Masukkan sekali belacan. Bagi sampai layu gitu je.


Api kecil ni tak perlu buka api besar.


Ha biar layu layu macam ini. Bau dia peh. Terbaik.

Biar sejuk sekejap dan kisar. Nak tumbuk tapi takut berkecah sebab aku pernah buat hari tu 😅. Berkecah ha.

Nak tunjuk gambar hasil akhir tapi tak de. Eh, jangan lupa masukkan garam dan gula sekali.

Makasih. 

:)

Jemput-jemput Kentang: Apabila Kau Lapar dan Otak Kau Tak Berapa Nak Berfungsi.

Nak dijadikan cerita, pada suatu petang aku sangat lapar. Ni tahap lapar yang tangan menggigil-gigil. Bangun pun tengahari rembang. Matahari dah tegak atas kepala dah. Mana taknya lapar.

Jadi, aku pergilah ambil kentang tiga biji, kupas kulit dia, basuh-basuh, sagat, tambah tepung seikut rasa, garam seikut rasa, serbuk ayam Knorr seikut rasa, air panas thermos, air paip, dan haa masa nilah aku buat kesilapan besar. Aku terlebih tambah air. Makanya, adunan aku terlebih cair. Tapi aku tak nak tambah tepung lagi. Takde masa tau. Lapar dah ni 😠.


Gambar diatas merupakan gambar adunan tak jadi. Nampak tak dia punya cair tu macam mana? Nampak kan?


Apabila masuk dalam kuali dia jadi bentuk gini. Leper sebab tak cukup pekat. Bentuk dia dah tak terbentuk bulat.


Jemput-jemput rangup. Sedap tau, cukup rasa. Paling best makan masa dia tengah suam-suam. Krup krup bunyi.


Sos pencicah aku guna sos jenama Life's. Tambah air panas sikit. Kacau sebati. Aku tak minat pekat sangat kalau nak cicah jemput-jemput dengan sos cili.

Demikianlah,  apabila dah kebulur, masak pun otak dah tak betul. Asal ada rasa. Nasib sedap (tapi mungkin tak sedap, boleh jadi. Orang kalau dah lapar semua makanan jadi sedap).

Okey, tu jelah.

;)

Bacaan pilihan hati sepanjang zaman