Mihun Goreng Cincai

Hari ni sebenarnya nak masak nasi goreng. Buka periuk nasi, rupanya dah basi. Maka, berubahlah rancangan asal aku.

Untuk masak mihun goreng saat akhir ini, aku cuma gunakan bawang merah dua biji, bawang putih tiga ulas, ikan bilis sejemput (sikit sahaja tak perlu banyak) dan cili padi merah dua batang yang dibelah dua sabagai bahan tumisan. Sayuran yang dihiris ialah kobis dan lobak merah baki mak buat jemput-jemput udang. Semua bahan ni awalnya untuk masak nasi goreng tau. Dah siap tumbuk bahan tumis baru aku pergi tengok nasi. Nak marah tapi salah sendiri :P

Selepas menumis bawang merah, bawang putih dan ikan bilis, aku masukkan cili kisar dua sudu besar. Apabila dah naik bau, masukkan dua biji telur. Biarkan sebentar dan gaul. Kemudian, masukkan pula sayur-sayuran yang telah dipotong. Gaul sekejap dan tambahkan mihun yang telah direndam dengan air suam terlebih dahulu.

Dah masukkan semua bahan tadi, tuangkan satu sudu besar sos tiram dan satu sudu besar kicap pekat Jalen. Gaul lagi sampai rata. Eh, kejap. Aku dah masukkan garam dan gula tak? Ah, okey dah masukkan. Masa nak menulis ni lah baru teringat dah masukkan ke tak. Naya woi kalau lupa. 

Okey sayur sudah lembut, mihun dah bergaul rata dengan bahan-bahan lain bolehlah tutup lampu. Tak tahulah macam mana rasanya. Agak-agak masak sebab bulan puasa. Rasa pun tak.

Gambar takde, aku tak ambil 😂

Tiada ulasan: