Kenapa Nak Jadi Biasa Biasa?

 Ada seorang rakan sekerja muda bertanya pada aku,

"Akak, nak kerja lama ke sekejap?"

"Lama", jawab aku.

"Nanti boleh naik pangkat jadi pembantu penyelia. Gaji pun naik."

Aku yang mendengar jumlah gaji pun tercengang. Kerana apa kau mau tau? 

Kerana beban kerja banyak tetapi bayaran jawatan itu tidak setimpal. Gaji asas bawah RM2000. 

😩

Biarlah aku jadi staf biasa saja, dik. 

Sumpah Sedap!

 

Nasi Beriani

Nasi beriani ni sangat sedap. Lauk ayam masak merah pun sedap. Aih, senang kata semua sedap!

Cuma tak tahu SV tempah dengan siapa. Sehingga hari ini, senarai nasi beriani yang enak mengikut tekak dan selera aku adalah seperti dibawah:

1. Nasi Beriani Restoran Baser (lokasi Kota Tinggi ) (setakat ni tak ada siapa boleh lawan dia punya sedap)

2. Nasi Beriani Md Shah (lokasi Batu Pahat) 

3. Nasi Beriani SV beli (macam dalam gambar)

Sebenarnya tak sangka boleh habiskan. Banyak pulak staf tu tolong cedok. Habis sebab sedap dan kelaparan gamaknya.

Pelik bin Ajaib

Kenapa enam bulan kebelakangan ini, ramai pelawat datang menjengah ke blog aku ni?

Apa yang korang cari sebenarnya? Setahu aku, blog ini cuma banyak luahan rasa saja. Tak ada apa yang berilmiah sangat.

 

Hairan. 

 

Boleh kongsi sebab datang ke mari di ruangan komen?

Aku sudah lama menyimpan rasa ingin tahu.

Sekian. 

Baru Baca Sikit Tapi Aku Tak Minat Jalan Ceritanya

Hai.

Pernah atau tidak baca novel tapi rasa tak boleh nak teruskan?

Aku ada baca sebuah novel ni. Novel romantis. Belum sampai muka surat 10 lagi, dan aku dah tak boleh nak teruskan lagi pembacaan. Tak boleh go lah senang kata. Bukan sebab cara penulisannya tak lancar dan tak semulajadi tapi sebab aku tak boleh terima inti, pemikirannya dalam kisah yang dia tulis tu. Titik noktah, koma, tanda soal, tanda seru, dan ejaan semuaaaaa okey. Tak ada masalah.

Maafkan aku, penulis.

Tapiiiiiiiiiiii aku berjaya habiskan pembacaan sehingga muka surat yang terakhir setelah beberapa bulan. Aku tak taulah berapa kali aku berhenti baca sebelum sambung baca.

Aku habiskan baca sebab aku nak cari dan tulis dalam buku nota tentang apa yang aku tak suka dalam novel tu. 

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1447 Hijrah

... maaf zahir dan batin.

Tahun ini hari lahir saya jatuh dalam bulan Syawal.

Itu saja saya nak beritahu.

😏

Bacaan pilihan hati sepanjang zaman