Memaparkan catatan dengan label SEKOLAHKU. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label SEKOLAHKU. Papar semua catatan

Kisah Di Universiti: Semester Tiga

 

Terima kasih dan selamat tinggal KK3.







Semester tiga, sesi 2018/2019 merupakan semester pertama saya tinggal di bilik sewa luar kampus memandangkan saya tidak aktif dalam aktiviti-aktiviti peringkat kolej kediaman. Bilik sewa pertama saya terletak di kawasan rumah-rumah flat Pantai Dalam. Proses mencari bilik sewa cukup mencabar, memenatkan dan memakan belanja yang agak besar. Selepas berhempas pulas mencari di mudah.my dan Facebook, akhirnya saya berjaya menyewa bilik saiz bujang. Dah habis pening, dah habis penat ulang-alik naik bas, naik LRT semua tu (menumpang rumah abang di Ampang). Oleh yang demikian, jika tidak mahu sakitnya mencari bilik sewa, anda disarankan untuk kekal aktif di kolej kediaman masing-masing. 

Semester kali ini saya mendaftar kursus-kursus berikut:

Kursus Wajib Universiti:

  • Kursus Elektif Luar Fakulti (Asas Seni Gamelan)

Kursus Teras Program:

  • Sejarah Kesusasteraan Melayu
  • Sosiologi Kesusasteraan
  • Karya Klasik Melayu

 Kursus Elektif Porgram (Perlu pilih dua kursus):

  • Historiografi Melayu
  • Penulisan Kesusasteraan Remaja

Kursus Elektif Fakulti:

  • Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu (Nampak macam senang tapi tak senang pun kursus ni. Padan muka aku)

Saya tamat semester tiga, sesi 2018/2019 dengan 57 jam kredit terkumpul >.<.

Semester kali ini kelas paling lambat habis ialah kelas Asas Seni Gamelan. Tunggu bas di UM Central langit pun dah nak gelap. Dan bersedialah untuk menyaksikan adegan tolak-menolak untuk naik bas T789 dan menjadi sebahagian daripadanya :P

Kisah Di Universiti: Semester Dua

Apa nama bilik ni? 😅

Kita bertemu lagi dalam Kisah Di Universiti. Ini merupakan sambungan kepada Kisah Di Universiti: Semester Satu.

Baiklah, untuk semester 2, sesi 2017/2018, saya mendaftar sebanyak tujuh kursus yang bersamaan dengan 20 jam kredit.

Kursus Wajib Universiti:
  • Jalinan Masyarakat
  • Bahasa Inggeris Komunikasi (kelas adalah berdasarkan keputusan MUET) 
Kursus Teras Fakulti
  • Pengkaedahan Pengajian Melayu
Kursus Teras Program:
  • Kesusasteraan dalam Multimedia
  • Pengantar Teori dan Kaedah Kesusasteraan Melayu
Kursus Elektif Program:
  • Cerpen Melayu
  • Penulisan Kesusasteraan Kanak-Kanak
 Saya tamat semester 2, sesi 2017/2018 dengan 37 jam kredit terkumpul.
 
*Saya nak ambil kursus Kajian Teks Kesusasteraan Jawi pada awalnya untuk salah satu kursus elektif program. Walau bagaimanapun, pada waktu itu kursus tersebut tidak ditawarkan.

*Banyak sebenarnya yang saya dah lupa. Tapi saya akan cuba catatkan apa yang saya masih ingat. Dan dokumen-dokumen yang masih tersimpan merupakan sumber yang paling kuat yang saya ada setakat ini. Maaf, otak saya dah hilang rasanya.

Lagu: Epik High ft Younha - Gray So Gray

~

Kisah Di Universiti: September 2017 - Mac 2020 Mendaki Bukit Tonggek (2)

Assalamualaikum

Kembali kita dalam segmen mengenang masa lampau yang tak mampu diputar semula.

Fakulti aku juga sediakan kerusi dan meja di kawasan dalam bangunan dan pekarangan bangunan. Selalunya aku duduk sambil minum-minum. 

Kalau datang awal untuk kelas pagi, aku selalu beli mi goreng atau kuey tiaw goreng atau nasi lemak atau nugget untuk sarapan di meja bawah dalam gambar dibawah ni. Pagi-pagi pukul 7.30 pagi atau 7.45 pagi masih belum ramai pelajar. Yang ramai datang cuma para pensyarah dan tukang bersih. Pelajar-pelajar ini, kalau ada pun cuma seorang dua. Aku hendak masuk perpustakaan pun tidak boleh juga sebab masih belum mula beroperasi. Boleh saja nak bersarapan dalam kafe tapi pagi-pagi aku tak suka sangat berkomunikasi banyak-banyak dengan orang lain. Mood tak sampai lagi.



Tapi yang tak syoknya, ada nyamuk. Kalau petang-petang lagi banyak nyamuk ni cari mangsa. Sabar sajalah kita.

Di fakulti ni juga ada sediakan mesin penapis air (tidak ingat jenama apa) di aras bawah, aras dua dan aras tiga. Bawa sajalah botol air masing-masing untuk isi air. Boleh pilih nak air panas atau air sejuk. Tak minat air putih atau tak bawa botol air boleh beli air di mesin gedegang yang sediakan pilihan air tin dan air mineral dengan harga serendah RM1. Aku lepas daki bukit terus menuju mesin gedegang untuk beli air gas sebab haus sangat walaupun sebenarnya tak elok minum air manis selalu 😝. Tapi tidaklah hari-hari kan. Mesin gedegang ni terima pembayaran tunai syiling dan wang kertas, kad debit serta kad Touch 'n Go. Lagilah aku seronok membeli sebab ada banyak pilih pembayaran.

Bersambung 😤


Hal-Hal Di Universiti: September 2017 - Mac 2020 Mendaki Bukit Tonggek

Assalamualaikum

Apa habaq semua?

Macamlah ada yang baca blog ini.

Kali ini aku nak tunjukkan gambar-gambar dan suasana tempat aku belajar suatu ketika dahulu. Bertempat di atas bukit, bangunan ini merupakan Akademi Pengajian Melayu Universiti Malaya. Antara kemudahan-kemudahan yang ada di sini ialah surau, perpustakaan, kedai fotokopi, kafetaria Abang Jep. Jadi kalau tersesat sampai ke APM, jemputlah makan di kafetaria Abang Jep. Sedap tau. Bak kata member aku, sedap macam mak-mak masak.

Kali ini aku nak tunjukkan suasana dan persekitaran APM yang sempat aku tangkap gambarnya, dan syukur masih lagi ada dalam laptop ni. 

 




Gambar 1: Perjumpaan antara pelajar dan pensyarah (untuk apa? Maaf, dah tak ingat) di Dewan Semarak.

Gambar 2: Seminar di Dewan Semarak yang jarang penuh (kebanyakan masa) KECUALI sewaktu Dato' Seri Anwar Ibrahim hadir untuk Syarahan Za'ba Pengajian Melayu 2018. Depan sampai belakang dalam Dewan Semarak tu penuh. Kagumlah jugak dapat menyaksikan Dewan Semarak full house buat pertama kalinya sepanjang aku belajar di APM.

Gambar 3: Syarahan Sasterawan Negara Profesor Emeritus Muhammad Haji Salleh di Dewan Semarak.

 






 

Gambar 4 - 8: Inilah yang aku maksudkan apabila aku katakan Dewan Semarak penuh. Masa ni aku dapat duduk di bahagian tengah dewan. Nak ambil gambar bahagian belakang tapi daku segan sebab ramai lagi huii di bahagian belakang tu 😅.

 



 

Gambar 9 - 11: Tempat kegemaran aku semestinya Perpustakaan Akademi Pengajian Melayu. Aku selalu duduk di perpustakaan sampai keluar pengumuman perpustakaan akan ditutup dalam masa 30 minit. Kadang-kadang tu kalau tidak ada kelas pun aku akan tetap datang. Perpustakaan ini sediakan perkhidmatan fotokopi layan diri (aku tidak pernah guna mesin fotostat perpustakaan sebab aku akan pergi kedai fotokopi APM saja), bilik mesyuarat (serius tak ingat apa nama bilik ni), pinjam buku, pulang buku (buku yang dipinjam daripada perpustakaan utama pun boleh dipulangkan di sini), dan semestinya perkhidmatan WiFi. Ada lagi perkhidmatan lain yang disediakan perpustakaan ini tapi aku berapa pasti apa dia.

Bersambung 😤


Kisah Di Universiti: Virus Oh Virus! Sekarang Kita Perlu Belajar Semester Ini Secara Atas Talian (2)

Hai.

Berjumpa lagi kita dalam rancangan semester ini kelas online lagi. Sepatutnya dah pergi intern tapi terpaksa buat intern tahun depan sebab masih ada subjek tak ambil. Bukan sebab ada gagal dalam peperiksaan ya! 

Kalau pergi intern semester ni dapat la berkongsi kesedihan dan kegembiraan intern tanpa elaun dengan member lain. La ni kita dengar saja kesedihan mereka intern tanpa elaun. Dulu aku pernah praktikal kat hotel, dua kali. Dua kali tu juga dapat elaun.

Tapi yang penting dapatlah tempat praktikal jugak. Cuma sakitlah takdak elaun.

Tengoklah tahun depan nasib aku macam mana.

im skek.

kbye. 


Kisah Di Universiti: Virus Oh Virus! Sekarang Kita Perlu Belajar Semester Ini Secara Atas Talian

Hai!

Universiti sudah mulakan sesi pengajaran dan pembelajaran secara atas talian selepas 5 minggu cuti pertengahan semester (dek kerana PKP yang berterusan bagai tiada penghujung). Maka, minggu ke-6 (masih dalam PKP) yang bermula semalam beramai-ramailah kita mengakses ke spectrum. Peperiksaan juga secara atas talian namun tiada peraturan terperinci yang dikeluarkan lagi setakat ini. Jadi, kita tunggu dan lihat sahajalah. Sekarang duduk rumah dan pergi (duduk dalam bilik atau di mana sahaja) kelas atas talian dan siapkan tugasan setiap kelas O_O

Ah! Baru selesai buat satu tugasan akhir (bahagian aku saja ^^") tapi rasa macam dah selesaikan 9 tugasan akhir. Ho! Ho! Ho!

Kisah Di Universiti: Adikarya Maya dan Penamatnya

Hai.

Semester 1, Sesi 2019/2020 telah pun berakhir. Ini bermakna Adikarya Maya sudah diberi pemarkahan oleh Dr. Empat bulan lamanya promosi dijalankan agar Adikarya Maya mendapat ramai pengguna Facebook mengetik like dan memberi komen terhadap maklumat-maklumat yang dimuatnaik. Dapat dikatakan disini bahawa Adikarya Maya berjaya mendapatkan sebanyak 499 likes oleh para pengguna Facebook yang budiman. Keputusan peperiksaan bagi subjek Pengantar E-Sastera ini juga tidak menghampakan.

Beberapa komen daripada pengguna FB. 

Adikarya Maya ini diharapkan dapat memberi ilmu baru yang bermanfaat untuk pembaca sekalian. Setakat ini Adikarya Maya tidak akan dipadam supaya dapat memberi idea dan pendedahan kepada pelajar-pelajar yang akan mengambil subjek Pengantar E-Sastera pada masa hadapan kelak.



Kisah Di Universiti: Semester Satu

Hai hai

Kali ni nak berkongsi tentang kursus yang aku telah belajar sepanjang semester lepas. Cerita lama ni ha.

Program Sarjana Muda Kesusasteraan Melayu UM ( Malay Literature).

Untuk semester satu (tahap awal), kursus-kursus yang perlu diambil ialah:

Kursus wajib universiti:
  • Literasi Maklumat
  • Tamadun Islam dan Tamadun Asia Tenggara (TITAS)
  • Bahasa Inggeris Komunikasi
  • Asas Pembudayaan Keusahawanan (APK)
  • Hubungan Etnik
Kursus teras fakulti:
  • Peradaban Melayu
  • Pengajian Melayu Bersumberkan Islam
 
Kursus wajib universiti ni sebenarnya sangat membantu untuk mendapatkan GPA yang cun (ni pensyarah aku cakap). Kursus Bahasa Inggeris Komunikasi wajib lulus pada semester satu baru dapat ambil kursus Bahasa Inggeris Komunikasi pada semester dua.

Bila keputusan peperiksaan keluar, pelajar boleh tengok di laman web myum.um.edu.my. Tapi sebelum tu kena log masuk akaun pelajar masing-masing terlebih dahulu. Ini contohnya:



Semester ini aku libatkan diri dalam sukan softball kolej kediaman. Dah lama tak bersukan tapi seronok.
 
Akan bersambung apabila aku rajin menaip :P 

KOPIko -.-


hmm. aku rasa assignment wa kena copy la. apa nak buat.. salah aku jugak bagi pinjam pendrive kan budak tu. TT.TT

Bacaan pilihan hati sepanjang zaman