Hal-Hal Di Universiti: September 2017 - Mac 2020 Mendaki Bukit Tonggek

Assalamualaikum

Apa habaq semua?

Macamlah ada yang baca blog ini.

Kali ini aku nak tunjukkan gambar-gambar dan suasana tempat aku belajar suatu ketika dahulu. Bertempat di atas bukit, bangunan ini merupakan Akademi Pengajian Melayu Universiti Malaya. Antara kemudahan-kemudahan yang ada di sini ialah surau, perpustakaan, kedai fotokopi, kafetaria Abang Jep. Jadi kalau tersesat sampai ke APM, jemputlah makan di kafetaria Abang Jep. Sedap tau. Bak kata member aku, sedap macam mak-mak masak.

Kali ini aku nak tunjukkan suasana dan persekitaran APM yang sempat aku tangkap gambarnya, dan syukur masih lagi ada dalam laptop ni. 

 




Gambar 1: Perjumpaan antara pelajar dan pensyarah (untuk apa? Maaf, dah tak ingat) di Dewan Semarak.

Gambar 2: Seminar di Dewan Semarak yang jarang penuh (kebanyakan masa) KECUALI sewaktu Dato' Seri Anwar Ibrahim hadir untuk Syarahan Za'ba Pengajian Melayu 2018. Depan sampai belakang dalam Dewan Semarak tu penuh. Kagumlah jugak dapat menyaksikan Dewan Semarak full house buat pertama kalinya sepanjang aku belajar di APM.

Gambar 3: Syarahan Sasterawan Negara Profesor Emeritus Muhammad Haji Salleh di Dewan Semarak.

 






 

Gambar 4 - 8: Inilah yang aku maksudkan apabila aku katakan Dewan Semarak penuh. Masa ni aku dapat duduk di bahagian tengah dewan. Nak ambil gambar bahagian belakang tapi daku segan sebab ramai lagi huii di bahagian belakang tu 😅.

 



 

Gambar 9 - 11: Tempat kegemaran aku semestinya Perpustakaan Akademi Pengajian Melayu. Aku selalu duduk di perpustakaan sampai keluar pengumuman perpustakaan akan ditutup dalam masa 30 minit. Kadang-kadang tu kalau tidak ada kelas pun aku akan tetap datang. Perpustakaan ini sediakan perkhidmatan fotokopi layan diri (aku tidak pernah guna mesin fotostat perpustakaan sebab aku akan pergi kedai fotokopi APM saja), bilik mesyuarat (serius tak ingat apa nama bilik ni), pinjam buku, pulang buku (buku yang dipinjam daripada perpustakaan utama pun boleh dipulangkan di sini), dan semestinya perkhidmatan WiFi. Ada lagi perkhidmatan lain yang disediakan perpustakaan ini tapi aku berapa pasti apa dia.

Bersambung 😤


Tiada ulasan: