Dalam masa beberapa tahun aku on off (sambung belajar and whatnot) kerja ini ada beberapa perkara yang aku rasa sangat tidak menarik dan membuatkan keseronokan dan rasa teruja untuk pergi bekerja dan membanting tulang demi sesuap nasi.
Pertama, bila bos atau orang atasan suka tegur atau tinggikan suara (baca: marah) pada pekerja lain dengan nada yang tinggi dan intonasi yang merendah-rendahkan pekerja tersebut dihadapan pekerja-pekerja lain. Kenapa perlu buat begitu? Aku fikir ada dua hal sahaja kenapa berlakunya hal tersebut; tiada rasa hormat pada orang lain dan kau, dasar si kaduk naik junjung.
Kedua, apabila ruang rehat atau ruang makan tidak mampu nak menampung jumlah pekerja yang ramai. Nasiblah masih ada kerusi dan meja. Itupun terpaksa berhimpit-himpit. RIP social distancing. Gaji dibawah paras kemiskinan dan ini pun aku tidak boleh dapat.
Ketiga, rakan sekerja yang suka membawa mulut. Yang ini lagi menyakitkan hati kalau cerita yang dia bawa ke seluruh umat dalam pejabat tersebut adalah direka-reka. Si mangsa yang tidak tahu apa-apa inilah yang dok tercengang kenapa staf lain macam tiba-tiba menjauhkan diri.
Keempat dan seterusnya, haa yang ini lupa.
Baiklah, itu sahaja. Mari kita kembali ke realiti. Esok kerja.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan