Hai hai
Kali ni nak berkongsi tentang kursus yang aku telah belajar sepanjang semester lepas. Cerita lama ni ha.
Program Sarjana Muda Kesusasteraan Melayu UM ( Malay Literature).
Untuk semester satu (tahap awal), kursus-kursus yang perlu diambil ialah:
Kursus wajib universiti:
- Literasi Maklumat
- Tamadun Islam dan Tamadun Asia Tenggara (TITAS)
- Bahasa Inggeris Komunikasi
- Asas Pembudayaan Keusahawanan (APK)
- Hubungan Etnik
Kursus teras fakulti:
- Peradaban Melayu
- Pengajian Melayu Bersumberkan Islam
Kursus wajib universiti ni sebenarnya sangat membantu untuk mendapatkan GPA yang cun (ni pensyarah aku cakap). Kursus Bahasa Inggeris Komunikasi wajib lulus pada semester satu baru dapat ambil kursus Bahasa Inggeris Komunikasi pada semester dua.
Bila keputusan peperiksaan keluar, pelajar boleh tengok di laman web myum.um.edu.my. Tapi sebelum tu kena log masuk akaun pelajar masing-masing terlebih dahulu. Ini contohnya:
Semester ini aku libatkan diri dalam sukan
softball kolej kediaman. Dah lama tak bersukan tapi seronok.
Akan bersambung apabila aku rajin menaip :P