Hai~
Jadi setelah bertahun aku memendam rasa untuk pakai pendakap gigi, akhirnya berjaya jugak pasang braces pada bulan Mac yang lepas. Lepas ni hanya perlu bayar baki setiap kali temujanji di klinik (tukar getah dan ketatkan). Bayaran untuk setiap bulan RM200, tapi kalau tak dapat datang tak perlu bayar. Yang bagus sebenarnya ialah apabila kita datang setiap bulan, gigi akan lebih cepat rapat.
Masa nak pakai braces dulu aku dah agak akan sakit la kan. Tapi bila benda alah tu dah pasang pada gigi, haa amik kau. Aku tak sangka sakit sangat la pulak. Di bawah ialah beberapa kejadian yang aku alami setakat beberapa bulan pertama aku pasang braces. Ini apa yang aku rasa, mungkin berbeza untuk setiap orang.
- Tarikan dawai pada gigi akan buat kau rasa agak sakit. Selalunya beberapa jam lepas ketatkan dawai dan bila pasang kali pertama, sakit akan berlanjutan dua atau tiga hari.
- Dawai pada empat penjuru (kalau pasang atas bawah) akan buat bahagian dalam mulut kau luka. Haa ni sumpah paling sakit. Pedih lagi bila makan atau dawai tuh bergesel dengan kawasan yang luka tu. Dahlah aku suka ketawa bukak mulut besar. Sengsara dia buat aku tertanya - tanya kenapa aku boleh terfikir nak pasang braces. Nak buka braces, duit dah banyak keluar. Kesimpulannya, tahan sajalah dek non!
- Nak gigit makanan guna gigi depan susah. Oleh itu, aku guna gigi geraham sebab kalau bracket pada gigi tercabut kena bayar. Bracket tercabut untuk kali pertama tak perlu bayar untuk lekatkan semula, kalau kali kedua dan seterusnya perlu bayar RM50 untuk setiap satu bracket. Memandangkan aku taknak duit terbang sia - sia, aku gigit aje guna gigi belakang. Makanan tak dapat dikunyah dengan baik apabila pakai braces sebab gigi atas bawah tak rapat dan bila nak ketap gigi sakit. Gigi sakit sebab dawai dalam proses merapatkan gigi. Dulu nak gigit burger/ayam goreng guna gigi depan kan, sekarang aku potong/carik dulu baru makan.
- Perlu berus gigi selalu. Digalakkan beli interdental brush supaya dapat bersihkan sisa makanan pada celahan gigi dan pendakap gigi. Makanan memang akan tersangkut punya pada celahan pendakap tu. Maka kena gigihkan diri berus setiap kali lepas makan. Aku selalu bawa interdental brush je kalau keluar. Senang. Interdental brush aku beli sama ada di Guardian atau pun Watsons. Nak beli dekat klinik gigi tu pun boleh saja.
Buat masa sekarang ini sajalah dapat aku kongsi. Sebarang tambahan aku akan letak pada post seterusnya. Akhir kata, beauty is pain. Hahaha!