SPOILER ALERT
TAJUK NOVEL: 30 HARI UNTUK MELUPAKAN
CINTA
PENULIS: PINGU
TOHA
PENERBIT: JEMARI SENI SDN BHD
HARGA: RM26.00
Anda baru putus cinta? Cinta tidak
kesampaian? Apa? Masih belum move on tetapi mahu move on?
Ataupun adakah anda peminat kipas-susah-mati Pingu Toha yang sentiasa mengikuti
hasil-hasil karya beliau? Atau mungkin juga anda ingin membaca plot selain
daripada plot perkahwinan antara dua darjat-projek syarikat 200 juta-minum jus fresh
orange ketika lunch-diseksa ibu mertua-berpisah-dan kembali-
berpisah-kembali bersama-akhirnya they live happily ever after?
Jika ya ialah jawapan anda kepada
semua (atau mungkin tidak) soalan-soalan tersebut, maka saya yakin dan saya
pasti novel 30 Hari untuk Melupakan Cinta sangat sesuai untuk bacaan
anda. Ya, anda. Anda yang sedang membaca review novel ini. Andalah orangnya.
Walaupun tajuk novel Pingu Toha ini
ialah 30 Hari untuk Melupakan Cinta, tetapi tahukah anda berapa lama
masa yang diambil oleh Pingu Toha untuk menyiapkan novel ini? Ha, kalau anda
ingin tahu, kenalah dapatkan novel 30 Hari untuk Melupakan Cinta. Itupun
sekiranya masih ada di pasaran, ya.
Secara ringkasnya, novel ini
mengisahkan tentang Eriq (watak utama) yang sudah bertahun masih tidak move
on daripada gadis yang disukainya. Gadis itu namanya Manis. Eriq dan Manis
bertemu dalam situasi yang manis juga. Jadi mengapa pertemuan yang manis itu
tidak diakhiri dengan perhubungan yang manis akhirnya? Takdir Tuhan menentukan
segalanya. Hubungan Eriq dan Manis tidak kesampaian (seperti anda juga
mungkin?).
Eriq tekad. Sudah bertahun dia masih
belum move on. Manis mungkin sudah menemui kebahagiaan yang dicari. Eriq
bila lagi? Dan apabila lewat pencarian cara-cara untuk move on di laman
sesawang, Eriq menemui sebuah laman sesawang yang membantu seseorang untuk move
on. Berjayakah Eriq melupakan Manis? Cukupkah 30 hari untuk Eriq move
on? Sudah tentu anda perlu baca novel 30 Hari untuk Melupakan Cinta
ini bagi mengetahui pengakhirannya.
Walau bagaimanapun, ingin saya
ingatkan novel ini plotnya bergerak perlahan. Tiada adegan-adegan jiwang dan
pujuk rayu pasangan kekasih. Novel ini bersikap lebih matang dan rasional dalam
mengutarakan permasalahan sekitar seorang manusia yang mahu move on.
Sekian.
Terima kasih kerana membaca.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan