penat
Sambal Belacan: Dah Lama Nak Buat Sambal Belacan. Warna Hijau Lah Tapi.
Hai.
Kali ini aku nak buat sambal belacan. Belacan yang aku bayangkan warnanya merah. Tapi hasilnya jadi warna hijau pulak. Ni kes cili merah tak banyak la ni.
Campak segala bahan yang dah dibasuh dalam pan yang ada minyak. Minyak sedikit sahaja. Masukkan sekali belacan. Bagi sampai layu gitu je.
Ha biar layu layu macam ini. Bau dia peh. Terbaik.
Biar sejuk sekejap dan kisar. Nak tumbuk tapi takut berkecah sebab aku pernah buat hari tu 😅. Berkecah ha.
Nak tunjuk gambar hasil akhir tapi tak de. Eh, jangan lupa masukkan garam dan gula sekali.
Makasih.
:)
Jemput-jemput Kentang: Apabila Kau Lapar dan Otak Kau Tak Berapa Nak Berfungsi.
Nak dijadikan cerita, pada suatu petang aku sangat lapar. Ni tahap lapar yang tangan menggigil-gigil. Bangun pun tengahari rembang. Matahari dah tegak atas kepala dah. Mana taknya lapar.
Jadi, aku pergilah ambil kentang tiga biji, kupas kulit dia, basuh-basuh, sagat, tambah tepung seikut rasa, garam seikut rasa, serbuk ayam Knorr seikut rasa, air panas thermos, air paip, dan haa masa nilah aku buat kesilapan besar. Aku terlebih tambah air. Makanya, adunan aku terlebih cair. Tapi aku tak nak tambah tepung lagi. Takde masa tau. Lapar dah ni 😠.
Gambar diatas merupakan gambar adunan tak jadi. Nampak tak dia punya cair tu macam mana? Nampak kan?
Apabila masuk dalam kuali dia jadi bentuk gini. Leper sebab tak cukup pekat. Bentuk dia dah tak terbentuk bulat.
Jemput-jemput rangup. Sedap tau, cukup rasa. Paling best makan masa dia tengah suam-suam. Krup krup bunyi.
Sos pencicah aku guna sos jenama Life's. Tambah air panas sikit. Kacau sebati. Aku tak minat pekat sangat kalau nak cicah jemput-jemput dengan sos cili.
Demikianlah, apabila dah kebulur, masak pun otak dah tak betul. Asal ada rasa. Nasib sedap (tapi mungkin tak sedap, boleh jadi. Orang kalau dah lapar semua makanan jadi sedap).
Okey, tu jelah.
;)
Cubaan Suara Berjaya. APA?!!!
OH
Rupa-rupanya dua buah puisi yang aku hantar ke majalah Tunas Cipta sudah tersiar tahun lepas. Aku tahu pun sebab DBP hantar surat maklumkan puisi aku tersiar dalam terbitan Januari dan April 2021. Punyalah aku sedih memikirkan puisi-puisi aku tak tersiar sebab tak mencapai piawaian.
Siapa sangka.
:)
Cubaan Suara, Mic Check 1, 2
Tadaaa!
Cubaan ketiga menghantar puisi moden ke majalah Tunas Cipta. Dua cubaan sebelum ini aku hantar melalui e-mel kepada editor Tunas Cipta. Malangnya, tidak berjaya 😅. Tidak mencapai piawaian yang dikehendaki rasanya. Tak apalah, boleh cuba lagi. Ada rezeki, ada.
Langgan:
Ulasan (Atom)
Bacaan popular
-
Hai. Seperti biasa kali ini jie jie bagi aku angpau sempena Tahun Baru Cina. Ini kali kedua aku terima duit raya daripada jie jie. Sanggup j...
-
Hi. Buku ni sudah lama dibeli. Tapi baru-baru ini saja dibaca. Sehingga saat ini masih belum habis dibaca 😅😅 Jadi, ini adalah sedikit seb...
-
Hei. Tulisan kau Lewat kabus jam 3 pagi Bersama bau ayam goreng segera Sukar untuk dilupakan.
-
Terima kasih dan selamat tinggal KK3. Semester tiga, sesi 2018/2019 merupakan semester pertama saya tinggal di bilik sewa luar kampus mema...
-
Jomheboh 2024 di Plaza Angsana @ Angsana Mall bermula hari ini sehingga 3hb November 2024. Niat di hati nak pergi jelajah tengok apa yang me...