Januari lepas aku ada dapat e-mel daripada pihak SPA (Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia) sebab dah lepasi tapisan bagi jawatan Pembantu Arkib S19 dan Pembantu Pemuliharaan S19. Adakalanya calon tidak dapat e-mel atau e-mel SPA masuk dalam e-mel spam.
Macam mana nak tahu lepas tapisan atau tak? Kita perlu sentiasa buka laman sesawang SPA9. Daripada situ kita boleh tahu jawatan apa yang kita lepas tapisannya.
Selepas keluar status "MELEPASI TAPISAN SEMASA YANG DITETAPKAN OLEH KEMENTERIAN/JABATAN. CONTOH BIDANG PENGKHUSUSAN/LOKALITI/MATAPELAJARAN STPM/STAM/SPM/PMR", status akan bertukar kepada "PENJADUALAN PEPERIKSAAN. TARIKH, MASA DAN TEMPAT SILA SEMAK DI PORTAL SPA.
Kemudian, tunggu e-mel pihak SPA. Dalam emel tersebut akan dinyatakan waktu, tarikh dan jenis peperiksaan online yang kita perlu selesaikan. Sekali lagi diingatkan untuk sentiasa log masuk akaun SPA9.
Selepas jawab soalan-soalan tersebut, perlu tunggu tempoh tertentu untuk keputusan dikeluarkan. Untuk jawatan ni, aku wajib menduduki Penilaian Memasuki Perkhidmatan Awam (PSEE) - Ujian Psikometrik. Calon akan dapat keputusan dalam masa 15 hari bekerja. Ada masa, calon akan dapat keputusan awal. Semua ini bergantung kepada pihak SPA.
Dan ini ialah keputusannya.
Sekiranya gagal, status akan bertukar menjadi "TIDAK BERJAYA PEPERIKSAAN YANG DIWAJIBKAN".
Maka, bersedih-sedihanlah saya di hadapan laptop ðŸ˜.
2 ulasan:
aku tak tahu pulak kena semak spa9 kalau nak tau lepas tapisan ke tak, ingatkan dia email je... ish2.
Kau kena bukak selalu sebab dia takkan e-mel kita pasal dah lepasi tapisan untuk jawatan yang kau mohon. Dan banyak jugak kes calon terlepas ujian sebab e-mel SPA tak dapat atau masuk ke spam.
Catat Ulasan