Cik, Macam Mana Nak Cerah dan Hilangkan Kering Pada Bahagian Siku?

Haluuu

 

Sebelum pergi kerja pagi tu, aku sempat singgah di farmasi yang mulakan perniagaan mereka pada pukul 8.30 pagi. Tujuan utama adalah untuk beli krim atau ubat yang disarankan oleh staf farmasi berkenaan masalah siku aku.

 

Masuk ke dalam farmasi, nampak seorang staf perempuan. Aku pun apa lagi, panggil dia dan dapatkan pendapatnya berkenaan nak cerah dan hilangkan kekeringan pada bahagian siku. Bukan besar mana masalah tu, dalam besar duit 10 sen sahaja.

 

Jadi, menurut staf farmasi tersebut, aku cuma perlu beli krim yang boleh melembap dan mencerahkan kulit. Sekiranya ada serum muka untuk cerahkan kulit, itu pun aku boleh sapu pada bahagian siku aku. 

 

Tak sangka, produk untuk muka pun boleh sapukan pada bahagian badan yang lain. 

 

Teruja. Sebab apa? 

 

Jimat duit. Dan dapat ilmu baru. 

 

Cadangya nak belanja lebih kurang RM50 untuk beli krim yang akan dicadangkan staf farmasi tersebut. Tapi memandangkan aku pun ada gunakan serum muka yang boleh sekatakan tona muka, dapatlah aku guna untuk dua hal: muka dan siku.

 

Ternyata, tak sia-sia aku rajinkan mulut bertanya 😅


Tiada ulasan: