Skincheonsa: Rupanya Muka Aku Tak Sesuai Guna Produk Buatan Barat

Haluuu

Sejak aku mula gunakan produk penjagaan kulit muka semasa berumur 13 tahun, belum pernah lagi aku jumpa yang benar-benar sesuai dan berkesan untuk kulit muka aku.

Garnier, LOREAL, NEUTROGENA. You name it!!

Semua tak berkesan. Jerawat sentiasa tumbuh pada muka. Terutamanya pada bahagian dahi dan pipi. Aih, geramnya cuma Allah saja tahu.

Tapi aku tak putus asa.

Sampailah aku terjumpa skincheonsa SKIN1004 di Shopee. Review semua menyakinkan. Muka tak merah-merah, tak ada gatal-gatal. Senang kata menenangkan kulit muka macam apa yang produk tu claimed la kan.

Aku pun apa lagi. Beli satu. Mahal tak mahal belakang cerita.

Nah, bila pakai ternyata berkesan pada kulit muka aku. Hilang sudah segala gatal-gatal dan jeragat kecil tak berkesudahan tu.

Tapi, ada juga jerawat datang menyinggah cuma tak selalu (dan jarak antara satu jerawat dengan jerawat yang muncul tu panjang) dan kalau ada pun cuma sebiji jerawat ja pada satu-satu masa.

Betullah muka aku ni sesuai produk Asia je.


Tiada ulasan: