Kawan

Memang kalau namanya kawan, apabila kau tak sama taraf (tak sama level la kununnya) dari aspek kewangan ataupun kau terlalu kayu dan membosankan, memang akan dibiarkan, ditinggal begitu sahaja  ke macam mana?

Should i say sorry for being too ordinary?

Should i say sorry for not being born in a wealthy family?

Or rather,

Should i say,

"Fuck em all"

?

Maybe being alone is the only choice i have.


Apa ni nangis-nangis?

Pernah menangis tersedu-sedan bila baca novel? 

Pernah nangis teruk (sobs sobs) hembus hingus tengok movie?

Pernah nangis tengok anime Jepun?

Pernah nangis baca manga/webtoon?

Pernah?

Pernah?

Pernah ke tidak?

Aku pernah. Tengok cerita yang sama lebih dua kali pon boleh nangis kaw-kaw lagi. Padahal aku dah tahu jalan cerita macam mana. Tapi kenapa nangis gila-gila nih hoi? Aku dan Siti (Siti sifir haha)pernah bincang pasal ni. Dia pun nangis jugak tengok filem sedih. Kitorang rasa sebenarnya aku/dia nangis sebab nangiskan diri sendiri jugak masa nangis nonton/baca cerita tu. Kira 50/50 jugak lah. 
  

Kau ada trigger (melayunye apa? huhu) untuk nangis. Jadi kau simpan sedih kau, masalah kau, stress kau sampailah jumpa cerita sedih. Tak sedih sangat pon lah cerita yang kitorang nonton/baca tu. Kau nangis sikit je pastu ko teringat masalah kau sekali, kau tambah lagi sedih kau tu.


Lepas tu mak masuk bilik tengok kau nangis beria-ia sambil ngadap laptop/buku.


0_0"



Ayam dan itik.

Sekarang aku sudah tidak berasa pelik kalau ada manusia dari Tanah Melayu atau Kota Singa tidak boleh bertutur dalam bahasa Melayu. Sudah biasa sangat menghadapi situasi tersebut. 

Tapi kalau iya pun, tolonglah mempunyai kebolehan untuk berbahasa Inggeris apabila nak bertanya soalan pada aku ni. Bukan suruh guna advance English, ayat Inggeris mudah kan boleh guna. Nanti jadi ayam dan itik cuba berbual.

Ok, bye.


#tiga

Itik oh itik!
Aku nak tanya,
Kenapa kau medium rare?

Itik oh itik!
Aku tak ada niat nak medium rare kan kau.

Itik oh itik!
Aku nak well done kan kau tahu.

Itik oh itik!
Masa ujian amali pulak itu.

Itik oh itik!
Ini tak defrost awal-awal lah ni.

Itik oh itik!
Pertemuan pertama kau dan aku tidak berjalan lancar.

Itikkkkkkkkkkkkkkkk!

Bacaan pilihan hati sepanjang zaman