Apabila Telur Dadar Jadi Telur Hancur


 
Hidup ni kadang macam goreng telur dadar.
Kau nak goreng telur dadar tapi jadi telur hancur.
Kuali, senduk kayu, telur tiga biji, marjerin, tungku dapur, gas semua cukup. 
Mungkin salah teknik. 
 
Tapi, bila dah tak jadi, tak jadi jugak. 
 
Sama macam hidup. Kau dah rancang, tapi hujung-hujung semua tak menjadi.
Mungkin akibat faktor keluarga, masa, kewangan atau hal-hal lain yang tak dijangka.
Kita tak tau.

Mengantuk Tapi Tak Boleh Tidur


 
 
Rasa mengantuk tapi tak boleh lelap biji mata ni.
Jadi, aku makan.
Tidak, bukan makanan seperti dalam gambar. 
Makanan (nama kedai rahsia, tak boleh beritahu) dalam gambar diatas ialah apa yang aku teringin nak makan sekarang, pagi-pagi buta ni.
Aku makan telur rebus je sekarang ni. Bolehlah.
 
:P 

Kenapa Muncul Waktu Sebegitu? Wae?

Pernah tak, sedang dalam tandas, tengah baring nak tidur, tengah memasak kat dapur tu, waktu kerja, ilham datang muncul macam ting! Eh dahlah satu kertas pun takde. 

Aku pernah lah tengah sibuk berus baju dalam bilik air, idea datang. Lepas keluar bilik air, dah tak ingat apa idea tu.

Ada juga masa sedang bersedia nak lelap, mata nak terkatup dah, tapi datang idea. Kelam-kabut capai hp, cari aplikasi note. Dan dan taip dua baris eh dah hilang otaknya tak tahu nak taip apa 😂 

Tidur sajalah.

Ya, Betul Tu Saya Baru Tahu Puisi Saya Telah Dikritik Hehehe

Hai.

Dengan ini buat pertama kalinya saya ingin maklumkan bahawasanya puisi saya telah dikritik >.<

Sungguh tidak disangka sama sekali. Berdekah tadi apabila nampak eh ni nama pena aku ni eh eh eh ehhhhhhhhhhh!

Hehehe.

Kalau nak baca, jemput tekan disini. Sila sila 😉

Seputar Kisah Januari 2023

Heyoo

Januari lepas aku ada dapat e-mel daripada pihak SPA (Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia) sebab dah lepasi tapisan bagi jawatan Pembantu Arkib S19 dan Pembantu Pemuliharaan S19. Adakalanya calon tidak dapat e-mel atau e-mel SPA masuk dalam e-mel spam.

Macam mana nak tahu lepas tapisan atau tak? Kita perlu sentiasa buka laman sesawang SPA9. Daripada situ kita boleh tahu jawatan apa yang kita lepas tapisannya. 

Selepas keluar status "MELEPASI TAPISAN SEMASA YANG DITETAPKAN OLEH KEMENTERIAN/JABATAN. CONTOH BIDANG PENGKHUSUSAN/LOKALITI/MATAPELAJARAN STPM/STAM/SPM/PMR", status akan bertukar kepada "PENJADUALAN PEPERIKSAAN. TARIKH, MASA DAN TEMPAT SILA SEMAK DI PORTAL SPA.

 

Kemudian, tunggu e-mel pihak SPA. Dalam emel tersebut akan dinyatakan waktu, tarikh dan jenis peperiksaan online yang kita perlu selesaikan. Sekali lagi diingatkan untuk sentiasa log masuk akaun SPA9.

Selepas jawab soalan-soalan tersebut, perlu tunggu tempoh tertentu untuk keputusan dikeluarkan. Untuk jawatan ni, aku wajib menduduki Penilaian Memasuki Perkhidmatan Awam (PSEE) - Ujian Psikometrik. Calon akan dapat keputusan dalam masa 15 hari bekerja. Ada masa, calon akan dapat keputusan awal. Semua ini bergantung kepada pihak SPA.

Dan ini ialah keputusannya.


 

Sekiranya gagal, status akan bertukar menjadi "TIDAK BERJAYA PEPERIKSAAN YANG DIWAJIBKAN". 

 Maka, bersedih-sedihanlah saya di hadapan laptop 😭.

Bacaan pilihan hati sepanjang zaman