Edisi Tahun Baru Cina: 2025 dan Ular

Hai.

Seperti biasa kali ini jie jie bagi aku angpau sempena Tahun Baru Cina. Ini kali kedua aku terima duit raya daripada jie jie. Sanggup jie jie datang singgah sebelum masuk shift dia di CS. Susah-susah ja 😙 Padahal aku sempat kerja dengan jie jie seminggu saja. Nampaknya aku masih diingatannya. Haha.

Terima kasih, jie jie. Semoga berbahagia selalu hendaknya.

 

Kisah Kerja #3

Hidup seorang retailer. Haih, haih.


Aku:😊

Pelanggan: 😡(passive aggressive rude kinda human. Gotta use the word human instead of bad word because not nice gitu)

Aku: 😡(because I can be passive aggresive rude kinda human as well)

Pelanggan: 😡 (became angry as I matched their energy)

Aku: 😏(taste your own medicine lah. Kau ingat kau je boleh buat perangai macam tu)

 

Edisi Membanting Tulang: Hari Cuti Keluar dengan Mak

 
Ajak mak makan luar. Sambil tu boleh hilangkan stress. 
 
Mak sedih anak-anak tak bawa jalan. Nak harapkan abang-abang tak boleh. 
 
Kena harapkan diri sendiri nampaknya. Begitulah.

Muah. Bye.

Cerita Haiwan yang Menghairankan

Pernah baca cerita haiwan?

Yang tajuknya Kisah Sang Kerbau dan Sang Buaya? 

Ceritanya pasal Sang Kerbau tolong Sang Buaya yang merayu-rayu meminta bantuan. Habis ditolong, Sang Kerbau malah digigit kakinya. 

Huh. 

Dasar tidak kenang budi sungguh Sang Buaya.

Begitulah kehidupan manusia. Cumanya diletak sifat manusia itu pada haiwan. 

Muram pula aku jadinya apabila baca cerita haiwan sebegini.


10 Minit Sebelum Masuk Kerja


Jomheboh 2024 di Plaza Angsana @ Angsana Mall bermula hari ini sehingga 3hb November 2024.

Niat di hati nak pergi jelajah tengok apa yang menarik tetapi pagi ni panas sangat. Terus terbantut niat. Mampu ambil gambar dari aras lima saja. Itu pun dah berpeluh-peluh dek pancaran matahari. 

Panas lit lit!

Bacaan pilihan hati sepanjang zaman