Ya, aku tahu soal hati tak boleh dipaksa.
Mungkin aku yang tidak sedar diri.
Ya, aku tahu soal hati tak boleh dipaksa.
Mungkin aku yang tidak sedar diri.
Maaf, saya pun tak pasti betul atau tidak "if you can't avoid, enjoy it". Pernah dengar cuma tak pernah nak selidik lebih lagi.
If you can't avoid it ...
Saya ni tak suka memasak sebenarnya. Ha ...
Enjoy it ...
Tapi memandangkan saya tetap kena memasak, maka saya jadikan masakan saya sebagai kandungan akaun Youtube saya. Boleh klik pautan tersebut untuk tonton sendiri video-video ringkas tersebut. Saya edit ringkas menggunakan bakat tak terpendam saja.
Kesimpulannya, hidup tak seperti yang dirancangkan. Bukannya boleh delete pun. Hidup ialah satu-satunya pilihan.
Ugh, gelapnya.
![]() | |||||||
| Terima kasih dan selamat tinggal KK3. |
Semester tiga, sesi 2018/2019 merupakan semester pertama saya tinggal di bilik sewa luar kampus memandangkan saya tidak aktif dalam aktiviti-aktiviti peringkat kolej kediaman. Bilik sewa pertama saya terletak di kawasan rumah-rumah flat Pantai Dalam. Proses mencari bilik sewa cukup mencabar, memenatkan dan memakan belanja yang agak besar. Selepas berhempas pulas mencari di mudah.my dan Facebook, akhirnya saya berjaya menyewa bilik saiz bujang. Dah habis pening, dah habis penat ulang-alik naik bas, naik LRT semua tu (menumpang rumah abang di Ampang). Oleh yang demikian, jika tidak mahu sakitnya mencari bilik sewa, anda disarankan untuk kekal aktif di kolej kediaman masing-masing.
Semester kali ini saya mendaftar kursus-kursus berikut:
Kursus Wajib Universiti:
Kursus Teras Program:
Kursus Elektif Porgram (Perlu pilih dua kursus):
Kursus Elektif Fakulti:
Saya tamat semester tiga, sesi 2018/2019 dengan 57 jam kredit terkumpul >.<.
Semester kali ini kelas paling lambat habis ialah kelas Asas Seni Gamelan. Tunggu bas di UM Central langit pun dah nak gelap. Dan bersedialah untuk menyaksikan adegan tolak-menolak untuk naik bas T789 dan menjadi sebahagian daripadanya :P