Cerpen: Telat


TELAT 

          Shit!

       Dia tersedar dari tidur jam 8 pagi. Kelasnya pagi ini bermula seawal 8.30 pagi. Celaka. Sekali lagi dia menyumpah dalam hati. Tanpa memijak tangga besi, dia terus melompat ke lantai. Dia tinggal di katil atas. Persetan dengan sakit pada tapak kakinya itu.
Buru – buru dia buka baju T, kain batik dan baju dalam. Dibalut tuala pada tubuhnya. Lantas dia capai baldi biru berisi shampoo rambut, sabun badan dan pencuci mukanya yang berada di sebelah pintu sebelum berpatah balik ke meja untuk mengambil berus giginya. Ubat gigi dipicitnya sebesar duit syiling 10 sen pada berus gigi.

       Dia berjalan ke arah pintu, memusing selak kunci ke arah kiri. Ah! Selipar Jepunnya! Sekali lagi dia berpatah balik ke arah rak kasut dan menyambar kasar dan dilempar ke depan pintu yang sedia terbuka itu. Selipar Jepun yang dibelinya di kedai RM2.12 pada tahun lepas itu masih berjasa padanya sehingga semester keduanya ini. Dia sarung selipar itu separuh masuk dan berjalan pantas ke arah bilik mandi yang kurang 10 langkah dari biliknya itu.
Dia bersyukur sekali kerana mendapat lokasi bilik yang dekat dengan bilik mandi dan tandas. Ya, dia tahu juga untuk bersyukur walaupun jumlah menyumpah melebihi jumlahnya mengucap syukur. Dasar manusia lupa diri. Huh!
        
        Burr!

       Sejuk air pancuran hari ni. Sedang dia berfikir – fikir sama ada punya masa untuk membasuh rambut, telah dia lalukan rambutnya pada bawah air pancuran. Dia memberus sekali giginya kurang lebih 30 saat, membasuh rambut dan badan secepat yang boleh. Walaupun dia tidak berapa bersungguh sebenarnya untuk bersiap ke kelas. Tengoklah, sekarang ini pun dia masih mengeringkan rambutnya seperti hari – hari biasa (ya dia tahu dia telah lewat). Selesai mengeringkan rambut (walaupun masih lembab), dia berlalu ke biliknya.

       Kunci pintu di buka dan dia meloloskan dirinya ke dalam. Dia tolak kembali pintu. Kini dia ke pintu almarinya. Menepek krim pemberian kakaknya bulan – bulan sudah ke muka dan menyapu garam kristal (satu – satunya produk anti – bau ketiak yang paling berkesan ini ditemui ketika berusia 23 tahun di Guardian itupun setelah di Google tentang cara – cara untuk menghilangkan bau ketiak) pada ketiaknya yang baru dicukur dua hari lepas.

       Baju T hitam disarung kemudian seluar hitam slacknya pula. Hitam. Ya, dia suka warna hitam. Mudah. Tidak perlu untuk memadankan warna. Geroboknya lebih banyak pakaian yang berwarna hitam dan gelap daripada yang berwarna cerah. Bukan dia tidak cuba mengubahnya. Ada ketika dia rasakan pilihan warna pakaiannya terlalu sugul dan suram, tetapi setiap kali membeli pakaian dia tidak dapat tidak pasti akan membeli pakaian berwarna gelap akhirnya. Ah! Habit ialah sesuatu yang sukar untuk diubah.

       Dia capai sikat dari rak yang melekat pada dinding dan memanjat naik ke atas katil. Dia ingin menyikat rambut di atas tilamnya yang bersampul putih itu. Senang sekali untuk melihat dan mengumpul rambutnya yang sentiasa gugur setiap kali disikat (lebih – lebih lagi selepas mencuci rambut). Selesai menggumpal rambut gugur, dia turun ke bawah semula.

   Segala yang patut dia sumbat ke dalam bagpack EASTPAK yang dibelikan emaknya. Dia buka almari sekali lagi dan mengambil stokin MONKI yang berwarna kuning terang (pemberian kakaknya sekali lagi).

       Dia sarung stoking kuning terang itu di atas kerusi, menyandang bagpack pada bahu kanan dan mengambil kasut ALL STAR (dibeli pada harga diskaun, matilah dia kalau tiada diskaun) sebelum dilempar ke luar pintu. Terkial – kial dia sarung kasutnya sebelum berjaya kerana ikatan talinya talinya terlalu ketat. Sakit juga jari telunjuk kanannya untuk memastikan dia dapat memasukkan kakinya (dia malas benar untuk membuka ikatan tali kasut itu.
       
        Dengan kunci bilik yang disarungkan pada tali lanyard Nando’s, dia kuncikan pintu bilik. Baru sahaja dia menjejakkan kaki pada anak tangga terakhir di dataran depan kolej yang lebih popular dipanggil tanjung oleh semua penghuni kolej tiga, dapat dirasakan getaran daripada telefon pintar yang berada di dalam begnya. Pantas diseluk tangannya ke dalam beg dan membuka aplikasi WhatsApp. Ditekan kumpulan (group) mesej yang dikhaskan untuk subjek pagi itu. Kakinya terhenti melangkah saat membaca mesej daripada pensyarahnya.

Salam. Maaf semua. Kelas pagi ini dibatalkan kerana saya tidak sihat. Sila siapkan tugasan yang telah dimasukkan dalam ruangan Spectrum.

TAMAT.

Pendakap Gigi Mendakap Gigi

Hai~

Jadi setelah bertahun aku memendam rasa untuk pakai pendakap gigi, akhirnya berjaya jugak pasang braces pada bulan Mac yang lepas. Lepas ni hanya perlu bayar baki setiap kali temujanji di klinik (tukar getah dan ketatkan). Bayaran untuk setiap bulan RM200, tapi kalau tak dapat datang tak perlu bayar. Yang bagus sebenarnya ialah apabila kita datang setiap bulan, gigi akan lebih cepat rapat. 

Masa nak pakai braces dulu aku dah agak akan sakit la kan. Tapi bila benda alah tu dah pasang pada gigi, haa amik kau. Aku tak sangka sakit sangat la pulak. Di bawah ialah beberapa kejadian yang aku alami setakat beberapa bulan pertama aku pasang braces. Ini apa yang aku rasa, mungkin berbeza untuk setiap orang.

  • Tarikan dawai pada gigi akan buat kau rasa agak sakit. Selalunya beberapa jam lepas ketatkan dawai dan bila pasang kali pertama, sakit akan berlanjutan dua atau tiga hari.
  • Dawai pada empat penjuru (kalau pasang atas bawah) akan buat bahagian dalam mulut kau luka. Haa ni sumpah paling sakit. Pedih lagi bila makan atau dawai tuh bergesel dengan kawasan yang luka tu. Dahlah aku suka ketawa bukak mulut besar. Sengsara dia buat aku tertanya - tanya kenapa aku boleh terfikir nak pasang braces. Nak buka braces, duit dah banyak keluar. Kesimpulannya, tahan sajalah dek non!
  • Nak gigit makanan guna gigi depan susah. Oleh itu, aku guna gigi geraham sebab kalau bracket pada gigi tercabut kena bayar. Bracket tercabut untuk kali pertama tak perlu bayar untuk lekatkan semula, kalau kali kedua dan seterusnya perlu bayar RM50 untuk setiap satu bracket. Memandangkan aku taknak duit terbang sia - sia, aku gigit aje guna gigi belakang. Makanan tak dapat dikunyah dengan baik apabila pakai braces sebab gigi atas bawah tak rapat dan bila nak ketap gigi sakit. Gigi sakit sebab dawai dalam proses merapatkan gigi. Dulu nak gigit burger/ayam goreng guna gigi depan kan, sekarang aku potong/carik dulu baru makan. 
  • Perlu berus gigi selalu. Digalakkan beli interdental brush supaya dapat bersihkan sisa makanan pada celahan gigi dan pendakap gigi. Makanan memang akan tersangkut punya pada celahan pendakap tu. Maka kena gigihkan diri berus setiap kali lepas makan. Aku selalu bawa interdental brush je kalau keluar. Senang. Interdental brush aku beli sama ada di Guardian atau pun Watsons. Nak beli dekat klinik gigi tu pun boleh saja.
Buat masa sekarang ini sajalah dapat aku kongsi. Sebarang tambahan aku akan letak pada post seterusnya. Akhir kata, beauty is pain. Hahaha!

Tahun Baru Cina 2018

Allo!

Aku hari Khamis memang tak ada kelas. Jadinya dapat cuti empat hari la; Khamis, Jumaat, Sabtu dan Ahad. 

Apalagi golek-golek atas tilam ajelah kerjanya.

XD

Kisah Di Universiti: Semester Satu

Hai hai

Kali ni nak berkongsi tentang kursus yang aku telah belajar sepanjang semester lepas. Cerita lama ni ha.

Program Sarjana Muda Kesusasteraan Melayu UM ( Malay Literature).

Untuk semester satu (tahap awal), kursus-kursus yang perlu diambil ialah:

Kursus wajib universiti:
  • Literasi Maklumat
  • Tamadun Islam dan Tamadun Asia Tenggara (TITAS)
  • Bahasa Inggeris Komunikasi
  • Asas Pembudayaan Keusahawanan (APK)
  • Hubungan Etnik
Kursus teras fakulti:
  • Peradaban Melayu
  • Pengajian Melayu Bersumberkan Islam
 
Kursus wajib universiti ni sebenarnya sangat membantu untuk mendapatkan GPA yang cun (ni pensyarah aku cakap). Kursus Bahasa Inggeris Komunikasi wajib lulus pada semester satu baru dapat ambil kursus Bahasa Inggeris Komunikasi pada semester dua.

Bila keputusan peperiksaan keluar, pelajar boleh tengok di laman web myum.um.edu.my. Tapi sebelum tu kena log masuk akaun pelajar masing-masing terlebih dahulu. Ini contohnya:



Semester ini aku libatkan diri dalam sukan softball kolej kediaman. Dah lama tak bersukan tapi seronok.
 
Akan bersambung apabila aku rajin menaip :P 

Kawan

Memang kalau namanya kawan, apabila kau tak sama taraf (tak sama level la kununnya) dari aspek kewangan ataupun kau terlalu kayu dan membosankan, memang akan dibiarkan, ditinggal begitu sahaja  ke macam mana?

Should i say sorry for being too ordinary?

Should i say sorry for not being born in a wealthy family?

Or rather,

Should i say,

"Fuck em all"

?

Maybe being alone is the only choice i have.


Bacaan pilihan hati sepanjang zaman