Kisah Kerja #1

1 Januari 2024

Kerenah pelanggan.

Bincang lama dengan teman. Pilih satu design. Apabila diserahkan sepasang kasut kepadanya untuk dicuba, langsung dibiarkan sahaja atas lantai. Mereka berdua lihat saja kasutnya.



Ditanya mahu atau tidak, jawabnya untuk kawan lain yang tidak ikut bersama.

Okeylah, takde masalah bagi aku. 



Dia minta satu rekaan beg. Beg yang dipinta cuma tinggal satu - beg display

 

 

Ditanya lagi, mahu atau tidak kasut yang atas lantai itu.



Jawabnya pula, 

"Taknaklah. Sebab beg display sahaja yang ada".

Terus berlalu keluar. 



Dia punya taknak sentuh kasut tu macam kasut tu menjijikkan tau. 

Padahal boleh saja ambil dan letak kasut tu letak atas kerusi.

Padahal boleh saja bagitahu kalau tiada beg baru untuk design yang itu, dia tak nak beli kasut tu awal-awal.

Padahal boleh pilih kasut dan begnya sekaligus. Supaya aku boleh cari kasut dan beg baru untuk design yang itu.

 

 

Buang masa kau dan buang masa aku.



Apabila dicerita macam ni, nampak seperti sekejap saja kan situasi tu?  


:(

 

Beg display = beg pameran

Design = rekaan

Kisah Hari Ini #1

Haluu! (Sebut macam Kak L apabila dia jawab panggilan telefon Kak Y atau arwah Abang A).

Latar tempat: 

Di meja pendaftaran pintu masuk belakang untuk pekerja-pekerja dalam bangunan yang masuk kerja pagi.

Latar masa: 

9.23 pagi

Watak: 

Pengawal keselamatan bertugas, berumur awal 50-an.

Aku (yang mengantuk).

Situasi:

Aku sedang mengisi buku daftar nama apabila diajukan soalan.

Pengawal keselamatan: ... dah mur..

Aku: Hah?

Pengawal keselamatan: ... dah ... ber...

Aku: Hah?? (Apa dia cakap ni? Cakap tak jelas, menggumam).

Pengawal keselamatan: Anak dah berapa?

Soalnya dengan menguatkan nadanya sedikit.

Aku: Oh, saya belum kahwin.

Dan terus aku berlalu secepat mungkin selepas mengucapkan terima kasih. 

Pagi-pagi lagi sudah diajukan soalan peribadi dan otakku masih belum pantas memberi jawapan "belum ada rezeki", "belum lagi". 

Apa yang berlaku dalam fikirannya sebelum dia merasakan soalan itu sangat sesuai untuk ditanyakan pada wanita yang tidak dikenali (kecuali nama, tempat bekerja)? 

Rujukan Anda

Hi

Sekiranya anda baru pertama kali nak gunakan aplikasi-aplikasi berikut, sila gunakan kod rujukan saya seperti yang tertera:

Ya, supaya saya dapat keistimewaannya.

  1. Zus Coffee: RAIXOBE
  2. Tealive: DTW2487
  3. Bask Bear: AAO9442
  4. Gigi Coffee: V83QVQQ
  5. eco-shop: KLG9179
*akan bersambung ke satu tarikh yang tidak diketahui.

Edisi Membanting Tulang: Coretan Hari Cuti

Setiap kali cuti mesti rasa nak tidur sampai ke petang. Setiap kali tu juga aku terbangun pagi macam nak pergi bekerja. Semestinya kerana jam loceng yang dipasang pada telefon pintar ni aku tetapkan untuk berbunyi setiap hari. Tidak kiralah hari cuti atau hari bekerja.

Seperti biasa, bangun-bangun saja kita pergi ke dapur. Jerang air panas untuk mak mandi. Kemudian, barulah otak boleh berfungsi dengan tenang. Sambil tunggu air masak, kita susun pinggan mangkuk dan mencuci segala periuk dan kuali, membuang saki-baki makanan basi dan memanaskan semula makanan.

Selesai urusan tadi, kita tengok dalam peti sejuk ada apa. Pening juga memikirkan nak masak lauk apa hari-hari. Haruslah stres sedikit. Ehek.

Sambil menggigil memasak sebab tak ada tenaga, barulah kita isi perut dengan bebola ikan atau jemput-jemput udang Adabi atau kentang goreng. Dah menggigil baru ada otak nak makan. Kalau tak, memang lambat lagilah nak menjamah makanan. 

Selalunya apabila memasak, aku tak ada selera nak makan awal-awal. Biarlah mak aku makan dulu. Dah betul-betul lapar, masa tulah aku makan lauk-pauk yang dimasak tadi pagi.

Sekian.

Tahun Baru atau Tidak, Aku Tetap Kena Pergi Kerja

Betul. 

Tiada siapa acu pistol pada kepala aku. Aku yang buat keputusan untuk bangun pagi dan tunggu bas untuk ke tempat kerja.

Atas kerelaan sendiri. Tapi yang paling tak masuk akal, pergi kerja hari-hari tetapi masih miskin. Tiada kemampuan untuk membeli rumah sendiri.

Menyedihkan.

*ditaip pagi-pagi buta mata separuh  

Bacaan pilihan hati sepanjang zaman