Makan Apa Hari Ini?
Lama Rupanya Aku Di Sini
Haluuu
Aku sepatutnya bagi notis berhenti kerja sebulan bermula tarikh 1hb Mei 2024.
Itu perancangan aku beberapa bulan selepas masuk di situ. Aku siap buat peringatan di aplikasi Kalendar lagi.
Tapi itulah. Aku ni merancang sahaja 💆♀️
***Kemaskini:
23 Januari 2025 masih bekerja di syarikat yang sama ditemani hati yang berdarah dikhianati.
Cik, Macam Mana Nak Cerah dan Hilangkan Kering Pada Bahagian Siku?
Haluuu
Sebelum pergi kerja pagi tu, aku sempat singgah di farmasi yang mulakan perniagaan mereka pada pukul 8.30 pagi. Tujuan utama adalah untuk beli krim atau ubat yang disarankan oleh staf farmasi berkenaan masalah siku aku.
Masuk ke dalam farmasi, nampak seorang staf perempuan. Aku pun apa lagi, panggil dia dan dapatkan pendapatnya berkenaan nak cerah dan hilangkan kekeringan pada bahagian siku. Bukan besar mana masalah tu, dalam besar duit 10 sen sahaja.
Jadi, menurut staf farmasi tersebut, aku cuma perlu beli krim yang boleh melembap dan mencerahkan kulit. Sekiranya ada serum muka untuk cerahkan kulit, itu pun aku boleh sapu pada bahagian siku aku.
Tak sangka, produk untuk muka pun boleh sapukan pada bahagian badan yang lain.
Teruja. Sebab apa?
Jimat duit. Dan dapat ilmu baru.
Cadangya nak belanja lebih kurang RM50 untuk beli krim yang akan dicadangkan staf farmasi tersebut. Tapi memandangkan aku pun ada gunakan serum muka yang boleh sekatakan tona muka, dapatlah aku guna untuk dua hal: muka dan siku.
Ternyata, tak sia-sia aku rajinkan mulut bertanya 😅
Bacaan pilihan hati sepanjang zaman
-
Hai. Seperti biasa kali ini jie jie bagi aku angpau sempena Tahun Baru Cina. Ini kali kedua aku terima duit raya daripada jie jie. Sanggup j...
-
Hai hai Kali ni nak berkongsi tentang kursus yang aku telah belajar sepanjang semester lepas. Cerita lama ni ha. Program Sarjana Muda...
-
Salam. Kau nak bersedih dengan gaji sebulan 1.7k atau kau nak bersedih dengan gaji M40 &T20? Bersyukur? Kau yang patut bersyukur.
-
Bagaimana saya mencari bilik sewa di Pantai Dalam, Kuala Lumpur apabila tidak mendapat kolej kediaman? Pertama sekali, saya rancang berapa b...
-
Pernah menangis tersedu-sedan bila baca novel? Pernah nangis teruk (sobs sobs) hembus hingus tengok movie? Pernah nangis tengok an...



