Kisah Di Universiti: Adikarya Maya dan Penamatnya

Hai.

Semester 1, Sesi 2019/2020 telah pun berakhir. Ini bermakna Adikarya Maya sudah diberi pemarkahan oleh Dr. Empat bulan lamanya promosi dijalankan agar Adikarya Maya mendapat ramai pengguna Facebook mengetik like dan memberi komen terhadap maklumat-maklumat yang dimuatnaik. Dapat dikatakan disini bahawa Adikarya Maya berjaya mendapatkan sebanyak 499 likes oleh para pengguna Facebook yang budiman. Keputusan peperiksaan bagi subjek Pengantar E-Sastera ini juga tidak menghampakan.

Beberapa komen daripada pengguna FB. 

Adikarya Maya ini diharapkan dapat memberi ilmu baru yang bermanfaat untuk pembaca sekalian. Setakat ini Adikarya Maya tidak akan dipadam supaya dapat memberi idea dan pendedahan kepada pelajar-pelajar yang akan mengambil subjek Pengantar E-Sastera pada masa hadapan kelak.



Minggu Dua

Hai.

Minggu kedua dari 14 minggu.

Ada kuliah sudah bermula. Ada kelas yang masih belum mula kuliah.

Kumpulan dibentuk untuk tugasan akhir (40 markah).

Ada kelas yang hampir-hampir ditutup. Kelas Jumaat. Hari lauk di kantin sedap dan lain daripada hari Isnin, Selasa, Rabu dan Khamis. Kesedihan kelas Jumaat tidak terasa. Makanan sedap.

Gendang-gendut tali kecapi,
Kenyang perut suka hati.


Hampa

Hai.

Tahu tak perkara yang menghampakan aku? Bila beli buku tapi buku tu tak cukup muka surat. Aku ni sejenis yang beli buku tapi bacanya entah tahun bila. Jadi novel Senjakala oleh Baharuddin Kahar yang aku beli tahun yang sudah (tidak berapa ingat bila beli) baru aku baca minggu lepas. Pembacaan aku tiba pada muka surat 90 dan halaman sebelah muka surat 107. Patutlah aku rasa pelik. Eh kenapa dari cerita Wak Durani pergi ke Damit yang tengah bermonolog sukakan Noor, anak perempuan Kinto? Tiga, empat kali ulang baca baru perasan muka surat 90 langkau ke muka surat 107. Begitulah.


30 Hari untuk Melupakan Cinta oleh Pingu Toha


SPOILER ALERT
 
TAJUK NOVEL: 30 HARI UNTUK MELUPAKAN CINTA                        

PENULIS: PINGU TOHA

PENERBIT: JEMARI SENI SDN BHD                                                    

HARGA: RM26.00

Anda baru putus cinta? Cinta tidak kesampaian? Apa? Masih belum move on tetapi mahu move on? Ataupun adakah anda peminat kipas-susah-mati Pingu Toha yang sentiasa mengikuti hasil-hasil karya beliau? Atau mungkin juga anda ingin membaca plot selain daripada plot perkahwinan antara dua darjat-projek syarikat 200 juta-minum jus fresh orange ketika lunch-diseksa ibu mertua-berpisah-dan kembali- berpisah-kembali bersama-akhirnya they live happily ever after?

Jika ya ialah jawapan anda kepada semua (atau mungkin tidak) soalan-soalan tersebut, maka saya yakin dan saya pasti novel 30 Hari untuk Melupakan Cinta sangat sesuai untuk bacaan anda. Ya, anda. Anda yang sedang membaca review novel ini. Andalah orangnya.
Walaupun tajuk novel Pingu Toha ini ialah 30 Hari untuk Melupakan Cinta, tetapi tahukah anda berapa lama masa yang diambil oleh Pingu Toha untuk menyiapkan novel ini? Ha, kalau anda ingin tahu, kenalah dapatkan novel 30 Hari untuk Melupakan Cinta. Itupun sekiranya masih ada di pasaran, ya.

Secara ringkasnya, novel ini mengisahkan tentang Eriq (watak utama) yang sudah bertahun masih tidak move on daripada gadis yang disukainya. Gadis itu namanya Manis. Eriq dan Manis bertemu dalam situasi yang manis juga. Jadi mengapa pertemuan yang manis itu tidak diakhiri dengan perhubungan yang manis akhirnya? Takdir Tuhan menentukan segalanya. Hubungan Eriq dan Manis tidak kesampaian (seperti anda juga mungkin?).

Eriq tekad. Sudah bertahun dia masih belum move on. Manis mungkin sudah menemui kebahagiaan yang dicari. Eriq bila lagi? Dan apabila lewat pencarian cara-cara untuk move on di laman sesawang, Eriq menemui sebuah laman sesawang yang membantu seseorang untuk move on. Berjayakah Eriq melupakan Manis? Cukupkah 30 hari untuk Eriq move on? Sudah tentu anda perlu baca novel 30 Hari untuk Melupakan Cinta ini bagi mengetahui pengakhirannya.

Walau bagaimanapun, ingin saya ingatkan novel ini plotnya bergerak perlahan. Tiada adegan-adegan jiwang dan pujuk rayu pasangan kekasih. Novel ini bersikap lebih matang dan rasional dalam mengutarakan permasalahan sekitar seorang manusia yang mahu move on

Sekian.

Terima kasih kerana membaca.

Kisah Di Universiti: Adikarya Maya




https://www.facebook.com/Adikarya-Maya-117867249600583/


Saya dengan rendah hati menjemput pembaca blog ini (ada ke?) untuk mengetik like atau tanda jempol di Facebook pada laman sesawang di atas.

Tujuan laman sesawang Facebook ini dicipta ialah untuk memenuhi keperluan kursus JIX2002 Pengantar E-Sastera sesi 2019/2020.

Semoga segala isi kandungan laman sesawang Facebook Adikarya Maya dapat memberi manfaat kepada para pengunjung.

Segala kerjasama anda amat saya hargai.

Sekian, terima kasih.

Adminah.

Pesanan mesra:

Sebenarnya nama laman sesawang FB di atas masih belum mendapat kelulusan pensyarah. Walau bagaimanapun, (haha) saya sangat teruja untuk berkongsi hasil tidak rasmi tugasan ini.
 


Bacaan pilihan hati sepanjang zaman