![]() | |||||||||
| Mi Rebus Haji Wahid |
Nama: Mi Rebus Biasa
Harga: RM6 (setakat bulan Mei 2024)
Lokasi: Plaza Angsana Johor Bahru
*Kemaskini
Setakat tarikh 13 Januari 2025, harga Mi Rebus Biasa ialah RM7.
Haluuu
Aku sepatutnya bagi notis berhenti kerja sebulan bermula tarikh 1hb Mei 2024.
Itu perancangan aku beberapa bulan selepas masuk di situ. Aku siap buat peringatan di aplikasi Kalendar lagi.
Tapi itulah. Aku ni merancang sahaja 💆♀️
***Kemaskini:
23 Januari 2025 masih bekerja di syarikat yang sama ditemani hati yang berdarah dikhianati.
Haluuu
Sebelum pergi kerja pagi tu, aku sempat singgah di farmasi yang mulakan perniagaan mereka pada pukul 8.30 pagi. Tujuan utama adalah untuk beli krim atau ubat yang disarankan oleh staf farmasi berkenaan masalah siku aku.
Masuk ke dalam farmasi, nampak seorang staf perempuan. Aku pun apa lagi, panggil dia dan dapatkan pendapatnya berkenaan nak cerah dan hilangkan kekeringan pada bahagian siku. Bukan besar mana masalah tu, dalam besar duit 10 sen sahaja.
Jadi, menurut staf farmasi tersebut, aku cuma perlu beli krim yang boleh melembap dan mencerahkan kulit. Sekiranya ada serum muka untuk cerahkan kulit, itu pun aku boleh sapu pada bahagian siku aku.
Tak sangka, produk untuk muka pun boleh sapukan pada bahagian badan yang lain.
Teruja. Sebab apa?
Jimat duit. Dan dapat ilmu baru.
Cadangya nak belanja lebih kurang RM50 untuk beli krim yang akan dicadangkan staf farmasi tersebut. Tapi memandangkan aku pun ada gunakan serum muka yang boleh sekatakan tona muka, dapatlah aku guna untuk dua hal: muka dan siku.
Ternyata, tak sia-sia aku rajinkan mulut bertanya 😅
Kak L pernah berkata:
Kadang-kadang customers ni tanya soalan-soalan bodoh.
NO FOOD, NO DRINK.
Pelanggan membawa cawan kertas kopi (BOTOL AIR BERPENUTUP PUSING ATAU TUMBLER SAHAJA DIBENARKAN) ke dalam kedai.
"Maaf. Tidak dibenarkan bawa makanan dan minuman dalam kedai."
"Saya nak kena bawa keluar air ni ke?"
HUH?!!
"Minuman memang tidak dibenarkan bawa masuk."
Lelaki berbadan besar dan tinggi melihat aku dengan muka tidak puas hati (mungkin ada niat untuk menimbulkan rasa gentar dihatiku) sambil berlalu keluar dan menunggu anak perempuannya memilih kasut.
Customer = pelanggan