TELAT
Shit!
Dia
tersedar dari tidur jam 8 pagi. Kelasnya pagi ini bermula seawal 8.30 pagi.
Celaka. Sekali lagi dia menyumpah dalam hati. Tanpa memijak tangga besi, dia
terus melompat ke lantai. Dia tinggal di katil atas. Persetan dengan sakit pada
tapak kakinya itu.
Buru
– buru dia buka baju T, kain batik dan baju dalam. Dibalut tuala pada tubuhnya.
Lantas dia capai baldi biru berisi shampoo rambut, sabun badan dan pencuci
mukanya yang berada di sebelah pintu sebelum berpatah balik ke meja untuk
mengambil berus giginya. Ubat gigi dipicitnya sebesar duit syiling 10 sen pada
berus gigi.
Dia
berjalan ke arah pintu, memusing selak kunci ke arah kiri. Ah! Selipar
Jepunnya! Sekali lagi dia berpatah balik ke arah rak kasut dan menyambar kasar
dan dilempar ke depan pintu yang sedia terbuka itu. Selipar Jepun yang
dibelinya di kedai RM2.12 pada tahun lepas itu masih berjasa padanya sehingga
semester keduanya ini. Dia sarung selipar itu separuh masuk dan berjalan pantas
ke arah bilik mandi yang kurang 10 langkah dari biliknya itu.
Dia
bersyukur sekali kerana mendapat lokasi bilik yang dekat dengan bilik mandi dan
tandas. Ya, dia tahu juga untuk bersyukur walaupun jumlah menyumpah melebihi
jumlahnya mengucap syukur. Dasar manusia lupa diri. Huh!
Burr!
Sejuk
air pancuran hari ni. Sedang dia berfikir – fikir sama ada punya masa untuk
membasuh rambut, telah dia lalukan rambutnya pada bawah air pancuran. Dia
memberus sekali giginya kurang lebih 30 saat, membasuh rambut dan badan secepat
yang boleh. Walaupun dia tidak berapa bersungguh sebenarnya untuk bersiap ke
kelas. Tengoklah, sekarang ini pun dia masih mengeringkan rambutnya seperti
hari – hari biasa (ya dia tahu dia telah lewat). Selesai mengeringkan rambut (walaupun
masih lembab), dia berlalu ke biliknya.
Kunci
pintu di buka dan dia meloloskan dirinya ke dalam. Dia tolak kembali pintu.
Kini dia ke pintu almarinya. Menepek krim pemberian kakaknya bulan – bulan
sudah ke muka dan menyapu garam kristal (satu – satunya produk anti – bau
ketiak yang paling berkesan ini ditemui ketika berusia 23 tahun di Guardian itupun setelah di Google tentang cara – cara untuk
menghilangkan bau ketiak) pada ketiaknya yang baru dicukur dua hari lepas.
Baju
T hitam disarung kemudian seluar hitam slacknya pula. Hitam. Ya, dia suka warna
hitam. Mudah. Tidak perlu untuk memadankan warna. Geroboknya lebih banyak
pakaian yang berwarna hitam dan gelap daripada yang berwarna cerah. Bukan dia
tidak cuba mengubahnya. Ada ketika dia rasakan pilihan warna pakaiannya terlalu
sugul dan suram, tetapi setiap kali membeli pakaian dia tidak dapat tidak pasti
akan membeli pakaian berwarna gelap akhirnya. Ah! Habit ialah sesuatu yang
sukar untuk diubah.
Dia
capai sikat dari rak yang melekat pada dinding dan memanjat naik ke atas katil.
Dia ingin menyikat rambut di atas tilamnya yang bersampul putih itu. Senang
sekali untuk melihat dan mengumpul rambutnya yang sentiasa gugur setiap kali
disikat (lebih – lebih lagi selepas mencuci rambut). Selesai menggumpal rambut
gugur, dia turun ke bawah semula.
Segala
yang patut dia sumbat ke dalam bagpack EASTPAK
yang dibelikan emaknya. Dia buka almari sekali lagi dan mengambil stokin MONKI yang berwarna kuning terang
(pemberian kakaknya sekali lagi).
Dia
sarung stoking kuning terang itu di atas kerusi, menyandang bagpack pada bahu
kanan dan mengambil kasut ALL STAR (dibeli
pada harga diskaun, matilah dia kalau tiada diskaun) sebelum dilempar ke luar
pintu. Terkial – kial dia sarung kasutnya sebelum berjaya kerana ikatan talinya
talinya terlalu ketat. Sakit juga jari telunjuk kanannya untuk memastikan dia
dapat memasukkan kakinya (dia malas benar untuk membuka ikatan tali kasut itu.
Dengan kunci bilik yang disarungkan pada tali lanyard Nando’s, dia kuncikan pintu bilik. Baru sahaja dia menjejakkan kaki pada anak tangga terakhir di dataran depan kolej yang lebih popular dipanggil tanjung oleh semua penghuni kolej tiga, dapat dirasakan getaran daripada telefon pintar yang berada di dalam begnya. Pantas diseluk tangannya ke dalam beg dan membuka aplikasi WhatsApp. Ditekan kumpulan (group) mesej yang dikhaskan untuk subjek pagi itu. Kakinya terhenti melangkah saat membaca mesej daripada pensyarahnya.
Salam. Maaf semua. Kelas pagi ini dibatalkan kerana saya tidak
sihat. Sila siapkan tugasan yang telah dimasukkan dalam ruangan Spectrum.
TAMAT.
1 ulasan:
bahahaahahaha berbakul lagi sumpahan yang keluar dari mulut.
Catat Ulasan