Sambal Belacan: Dah Lama Nak Buat Sambal Belacan. Warna Hijau Lah Tapi.

Hai.

Kali ini aku nak buat sambal belacan. Belacan yang aku bayangkan warnanya merah. Tapi hasilnya jadi warna hijau pulak. Ni kes cili merah tak banyak la ni.


Basuh-basuh bagi bersih. Lada hijau, cili padi hijau, cili merah, bawang merah, dan bawang putih.


Campak segala bahan yang dah dibasuh dalam pan yang ada minyak. Minyak sedikit sahaja. Masukkan sekali belacan. Bagi sampai layu gitu je.


Api kecil ni tak perlu buka api besar.


Ha biar layu layu macam ini. Bau dia peh. Terbaik.

Biar sejuk sekejap dan kisar. Nak tumbuk tapi takut berkecah sebab aku pernah buat hari tu 😅. Berkecah ha.

Nak tunjuk gambar hasil akhir tapi tak de. Eh, jangan lupa masukkan garam dan gula sekali.

Makasih. 

:)

Jemput-jemput Kentang: Apabila Kau Lapar dan Otak Kau Tak Berapa Nak Berfungsi.

Nak dijadikan cerita, pada suatu petang aku sangat lapar. Ni tahap lapar yang tangan menggigil-gigil. Bangun pun tengahari rembang. Matahari dah tegak atas kepala dah. Mana taknya lapar.

Jadi, aku pergilah ambil kentang tiga biji, kupas kulit dia, basuh-basuh, sagat, tambah tepung seikut rasa, garam seikut rasa, serbuk ayam Knorr seikut rasa, air panas thermos, air paip, dan haa masa nilah aku buat kesilapan besar. Aku terlebih tambah air. Makanya, adunan aku terlebih cair. Tapi aku tak nak tambah tepung lagi. Takde masa tau. Lapar dah ni 😠.


Gambar diatas merupakan gambar adunan tak jadi. Nampak tak dia punya cair tu macam mana? Nampak kan?


Apabila masuk dalam kuali dia jadi bentuk gini. Leper sebab tak cukup pekat. Bentuk dia dah tak terbentuk bulat.


Jemput-jemput rangup. Sedap tau, cukup rasa. Paling best makan masa dia tengah suam-suam. Krup krup bunyi.


Sos pencicah aku guna sos jenama Life's. Tambah air panas sikit. Kacau sebati. Aku tak minat pekat sangat kalau nak cicah jemput-jemput dengan sos cili.

Demikianlah,  apabila dah kebulur, masak pun otak dah tak betul. Asal ada rasa. Nasib sedap (tapi mungkin tak sedap, boleh jadi. Orang kalau dah lapar semua makanan jadi sedap).

Okey, tu jelah.

;)